Assalamualaikum everybody :)
Alhamdulillah hari ni ada ruang dan peluang untuk 'mencuci blog' yang berhabuk ini.hehe..Lama bebenor ana tak menulis di blog ni.Niat dihati mahu hari2 nak menulis tapi mengenangkan ilhamnya kadang2 datang dan kadang2nya berlalu pergi tanpa ana sempat tangkap lagi..*ilham boleh tangkap ehh??* entah la,boleh kott..hihi..Dah2 cikyutie.mukadimmahmu dah cukup panjang okayy :) ohh ya ke :/ ..Okay2,let's go to the main story yang ana mau ceritakan..Ceritanya bermula begini.Cincin yang ana sayang hilang !! sedih der,itu satu-satunya cincin yang ana ada tau.lagi2 cincin itu pemberian kakak ana sempena beliau dapat first gaji beberapa tahun yg lalu.ehh,sedar tak sedar dah lama ana jaga cincin tu,rasanya sejak form one lagi kott.Sekarang dah sembilan belas tahun dah umur ana.*yeah,dah hampir boleh kahwin dah kot.haha*..ohh tidak,just kidding la..Meningkatnya umur maksudnya ana dah semakin menghampiri hari kematian la.
ya Allah,panjangkanlah umurku dan jika dah sampai ajalku nanti,matikanlah aku dengan husnul khatimah.aamiin.
Kembali kepada kisah cincin ana hilang . kejadiannya terjadi di matrik pada beberapa bulan yang lalu.bulan berapa entah.tak berapa ingat tapi for sure ianya berlaku ketika ana di semester dua.Pada hari kejadian,hari khamis.Biasa la hari khamis pagi kelas ana bermula di lab chemistry.Memang ana akan pergi awal ke lab chemistry sbb lab tu agak jauh jugak la dari kompel ana(kompel Tun Fatimah) so selepas breakfast terus jalan pergi lab bersama beg yang berat.
Macam biasa,masuk lab belajar kimia dengan cikgu syafie.Selepas dua jam kelas kimia,bergerak pula ke bilik tutorial yg tak jauh sangat dengan lab chemistry td untuk belajar english bersama miss sha.Belajar dan belajar.Fokus dan fokus.Seterusnya kelas yang terakhir sebelum rehat iaitu lecture chemistry.Sekali lagi bergegas ke dewan kuliah untuk lecture kimia.Sedang ana mendengar lecture yang disampaikan oleh lecture chemistry ana iaitu Pn Satariah*ehh,macam nama abah saya tp abah saya lelaki En Ab Satar **hehe.dah kenapa tiba2 cikyutie buat iklan ni**.. tiba2 ana tersentuh jari ana dan rasa macam aneh+pelik+janggal sbb ringan je jari.Dari situ,ana baru perasan cincin ana tak ada kat jari ana.Ya Allah mana cincin ana? Try jugak tanya kawan-kawan rapat ana kat sebelah samada ada nampak tak cincin ana.Maaf korang sebab kacau fokus korang dengar lecture.ya Allah time tu memang hilang 50% fokus tapi try jugak mahu fokus lagipun lecture sejam shj.sekejap lagi rehat,sekejap lagi la fikir.itu lah ana monolog dlm hati.Alhamdulillah,selesai jugak lecture chemistry satu jam.Ana,fatin dan hanum(fatin dan hanum close friend ana masa di matrik) cepat2 pergi salam dengan Pn Satariah dan bergegas keluar dari dewan kuliah.Ya Allah,di mana la cincin ana terjatuh.Kami mencari di sekitar laluan yang kami lalu tadi masa nak menuju ke dewan kuliah tapi tetap tak dijumpai.Kami berbincang untuk mencarinya pula di bilik tutorial,kalau2 ada terjatuh kat situ.Setelah mencarinya di bilik tutorial tetap tak dijumpai.Akhir sekali kami bersepakat mahu mencari cincin ana di lab chemistry.Cari dan cari tetap tak jumpa jugak.Kami duduk di kerusi batu dekat dengan lab chemistry,cuba menyelongkar beg kalau2 terjumpa.tetap keputusannya sama.masih tak dijumpai.Di situ,hanum dan fatin tak henti2 memberi support untuk menyedapkan hati ana dengan sangkanya tertinggal kat bilik ke.Ana hanya mampu mendengar dan bersangka baik dengan Allah.Ana bermonolog sendirian di dalam hati
Ya Allah,kalau cincin itu masih lagi rezeki untuk aku.Aku yakin Allah akan ketemukan aku dengannya lagi dan jika cincin itu bukan rezeki lagi untuk aku,aku redha.Allah rancang yang terbaik buat aku dan cincin itu.
Selepas penat mencari cincin itu,kami bersepakat lagi untuk ke cafe untuk mengalas perut mengenangkan masa rehat masih banyak lagi berbaki.ya Allah,kesiannya sahabat2ku ini.bersusah payah mereka temankan aku mencari cincinku yang entah di mana sekarang ini.Semoga Allah membalas kebaikan mereka itu.Di cafe,ana hanya duduk di meja cafe.Rasa macam perut tak lapar lagi so ambik keputusan tak mahu makan apa2 lagi masa rehat ni.Hanum dan fatin pergi membeli makanan.Ana duduk di meja cafe berselawat untuk menenangkan hati.Dulu2 masa kat sekolah,ustazah ada cakap kalau hilang barang,kita boleh baca doa dan selawat.Bukan itu saje tau,mesti yakin dengan KUASA ALLAH.Kadang2 benda yang mustahil pada pemikiran kita itu tidak mustahil berlaku dengan izin dan kuasa Allah.Ada jugak terfikir mahu call ma or not.Fikir punya fikir ambik keputusan tak payah la kot nak call ma nantikan ma runsing pulak dengan hal ni.Takyah la !!.Masih cuba untuk tenangkan diri bila tiba2 fatin tegur, "Tie masih fikir pasal tu lagi??".Ana rasa ana dah cuba tak fikirkan pasal tu lagi.Ana jawab kat fatiin"ehh tak la." Fatin jawab lagi,"Takyah sembunyi la tie,nampak muka pun dah tahu masih fikirkan pasal tu."..Ana terkedu.ehh ya ke?rasanya dah tak fikir sangat pasal tu.Semua classmates ana yang girl tahu pasal kehilangan cincin ana.ya Allah,caringnya diorang.Syukur ya Allah dapat bersama dengan orang yang baik2.Classmates ana semua terkejut bila ana cakap cincin ana hilang.Mana tak terkejutnya,cincin yang selau mereka guna untuk usik ana.Antara dialog mereka, "izzati dah bertunang?","Bila Izzati bertunang?","Dengan siapa Izzati bertunang?".Jenuh ana nak menjawabnya.hehe.macam2 la diorang ni..tapi takpe sbb I LOVE THEM DAMN MUCHHHH !!Selepas sejam masa rehat diberi,lecture Biology menyusul.Satu jam di lecture biology,fokus telah diberikan.Pasal hal tadi ana dah serahkan pada Allah untuk tentukan.
Sebaik sahaja lecture biology selesai,ana dan kawan-kawan yang lain diberi masa rehat untuk solat zohor dan makan tengahari.Kami pun bertebaran balik ke bilik masing2.Semasa ana sampai di bilik lalu mahu membuka pintu,doa ana tetap sama.Kalau cincin itu masih lagi rezeki ana,pasti Allah akan pertemukan kami.Lalu laju saje ana halakan kaki ana ke katil sambil melihat bantal2 peluk yang ada di atas katil,tiba-tiba mata ana terlihat sesuatu di antara dua bantal peluk itu.ya Allah,cincin ana !! Alhamdulillah,terima kasih ya Allah.Cincin itu masih lagi rezeki ana.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.
Alhamdulillah ini lah cincin yang masih rezeki ana.Rezeki dari Allah melalui kakak ana kepada ana.
Dengan bertemunya ana dengan cincin itu,maka tamatlah cerita yang ana ingin kongsikan dalam entri ini.Pesanan ana buat diri ana dan juga pembaca-pembaca blog ana ini,
Dalam apa jua keadaan yang kita lalui,ingatan kepada Allah itu wajib ada.Senang,susah,sedih,gembira atau apa2 saje.jangan putuskan tali pergantungan kepada Allah.Allah saja yang dapat membantu kita.Pertolongan Allah itu boleh dalam pelbagai bentuk,kadang-kadangnya ia tidak terfikir oleh kita.
Selamat menjadi hamba yang terbaik buat Allah.Jaga hubungan dengan Allah,pasti Allah akan menjaga hubungan kita sesama manusia.
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang Mulia.Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Rasanya,cukuplah setakat ini dahulu entri kali ini,in sha Allah entri yang lain akan menyusul selepas ini.Doa2kan jugak ye semoga Allah datangkan idea untuk menulis blog ini.Semoga ianya bermanfaat buat kita semua untuk menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ini.
Terima kasih kerana sudi membaca celoteh yang panjang ini,semoga bermanfaat.yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari Allah juga dan disandarkan kepada ana insan yang tidak sempurna :)
Assalamualaikum,semoga Allah redha.