ASSALAMUALAIKUM everyone.
Alhamdulillah,syukur Allah masih beri peluang lagi untuk ana menulis di entri pada kali ini.Sebenarnya setiap malam ana berhajat nak menulis entri tapi entah la tangan ni malas pulak nak bergerak.cehh hang salahkan tangan pulak :D ..Sorry tangan,i yang malas sebebenarnya :P
HAHA itukah mukadimahnya wahai cikyutie??ye kott.Eh kejap2 lupa pulak ana nak tanya anda semua sihat ? ana doakan anda semua sihat selalu ye.Allah bagi nikmat sihat tu jangan lupa kita bersyukur pulak ye hadek-hadek dan hakak-hakak.JOM SAMA-SAMA ucap ALHAMDULILLAH :)
Alhamdulillah.
Nikmat Allah selalu ada buat kita walaupun kadang-kadang kita leka dengan dunia yang sementara ini.Ya Allah,malunya kita kepada Allah.Itulah manusia,memang tak dapat lari dari buat salah.Tetapi sebaik-sebaik pesalah adalah yang kembali kepada jalan Allah.
ehem ehem,ceritanya begini :
Alhamdulillah,pada tarikh 12 ogos yang lalu,ana telah mendapat satu perkhabaran gembira.Kegembiraan itu bukan sahaja disambut oleh ana seorang sahaja malah semua ahli keluarga ana juga.Alhamdulillah,syukur kepada Allah pengurnia rezeki.
Alhamdulillah,setelah bertahun-tahun belajar peringkat demi peringkat,dengan izin Allah jua,ana telah ditawarkan untuk sambung degree di UITM SHAH ALAM dalam course sains komputer pengkomputeran multimedia.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.Berkat doa yang tidak putus-putus dari ma,abah,keluarga,guru-guru,sahabat-sahabat dan orang sekeliling ana.Memang impian ana sejak kecil lagi untuk menjejakkan kaki ke menara gading.Mahu belajar setinggi yang mungkin sebab ma ana selalu pesan"belajarlah hingga ke puncak jaya".Walaupun dah banyak kali terjatuh,ana tetap gagahkan diri untuk bangun berdiri demi membahagiakan ma,abah dan keluarga yang banyak berkorban untuk ana selama ini.Alhamdulillah,hari ini Allah makbulkan jua doa ana.
Terima kasih ALLAH,terima kasih ma abah,abang2,kakak2,cikgu2,sahabat2,saudara2 dan orang sekeliling ana kerana sudi doakan ana hingga ana sampai ke tahap ini.
Bila dikira-kira,lagi seminggu ana akan mendaftarkan diri di UITM SHAH ALAM.Kalau nak ditanyakan pula tentang persiapan ana,alhamdulillah boleh dikatakan hampir 80% sudah siap.Buat persiapan tak semudah yang disangka,lagi-lagi dalam menyiapkan dokumen2 yang universiti nak.Ditambah pula nak memohon pinjaman or biasiswa.Pinjaman or biasiswa ni penting yang amat tau untuk bantu support kita time belajar nanti.Itu yang ana cepat2 nak mohon sebelum mendaftar.oh ye lupa nak bagitau,ana mendaftar 1hb sept ni.Mohon doakan segalanya dipermudahkan :)
Rasanya setakat ini dulu kot yang boleh ana coretkan di entri kali ini.Ana ingin mohon maaf kepada semua yang membaca blog ana ini.Doakan ana berjaya di universiti nanti.Doakan agar ana istiqamah dalam kebaikan dan doakan juga ana dapat sesuaikan diri di tempat baru.Ana doakan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat :) in sha Allah.
Mohon maaf seandainya entri kali ini mem'boring'kan anda :( ana masih dalam proses belajar untuk "menulis".
In sha Allah,jumpa di lain entri :)
Assalamualaikum :D