Assalamualaikum,ahlan wasahlan ya marhaban bikum..
Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana izinkan ana menulis lagi di blog yang sudah lama tidak ber'update' ini.Selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,sahabat-sahabat baginda dan kaum keluarga baginda.Alhamdulillahh,setelah lama tak berupdate,in sha Allah kali ini ana akan meng'update' blog ini serajin yg boleh.hehe.takde la,kalau Allah datangkan ilham kepada ana untuk menulis di blog ini,in sha Allah ana akan terus meng'update' lagi blog ini..in sha Allah :) sedar tak sedar dah dekat dua minggu ana bercuti di rumah setelah berjaya menamatkan program matrikulasi.Syukur sangat dapat habiskan matrik walaupun banyak dugaan dan cabaran sepanjang berjuang di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP).Dengan iringan doa daripada ma,abah,keluarga,saudara mara dan sahabat2.Alhamdulillah,Allah kuatkan diri ana semasa berjuang di KMPP hari tu.Banyak dugaan yg datang tetapi ana anggap semua itu ujian dari Allah untuk ana jadi lebih kuat lagi.Alhamdulillah,bila kita 'husnudzhon' dengan Allah,Allah beri kita kekuatan lagi untuk hadapi dugaan2 yg lain.Di KMPP juga,Allah telah temukan ana dengan kawan-kawan yang baik-baik,pensyarah-pensyarah yg berdedikasi dan dengan orang2 yang hebat2.syukur ya Allah.Banyak yang ana belajar 'erti hidup' semasa berada di sana..heeee
SAHABAT..masa ana jatuh,mereka lah yang membantu ana untuk bangun teruskan perjuangan,
masa ana sedih dan memerlukan teman,mereka lah tempat ana meluahkan perasaan dan berkongsi cerita.Tidak lupa jugak kritikan demi kritikan yg mereka berikan sangat2 membina diri ana.
Terlalu banyak kenangan yg telah diciptakan di KMPP.Tidak mampu rasanya ana nak tuliskan di sini,hanya mampu mengenangnya dan menyimpannya di dalam memori sahaja..walaupun perkenalan kami sangat lah singkat tetapi ukhuwwah yg terjalin itu seperti kami dah kenal lama.sangat rapat.begitu lah manisnya ukhuwwah jika disulamkan dengan cinta kepada pencipta,ALLAH.
Tidak lupa juga kepada Ma dan Abah yg banyak membantu ana,menjadi 'supporters' setia ana.keprihatinan ma dan abah,kasih sayang ma dan abah,jasa ma dan abah amat besar untuk melihat ana berjaya.syukur Alhamdulillah,Allah kurniakan ma dan abah yang tidak sedikit pun lupa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka.Hanya doa sahaja yang mampu ana kirimkan buat ma dan abah.in sha Allah,segala nasihat dan peringatan yg ma dan abah berikan akan ana jadikan 'teman' untuk teruskan perjuangan di dunia ini.Sayang ma dan abah sokmo :))In sha Allah,Ma dan Abah adalah pemilik cinta ana selepas Allah dan Rasul :)
Yang tersangat awesome,adik-beradik ana.
Terima kasih sebab selalu prihatin terhadap adik bongsumu yang manja ini.hihi.ana manja !!ok ;)
selalu bertanya tentang akademik adikmu ini,tidak lupa juga terima kasih sebab sudi menjadi pendengar setia tika adikmu ini meminta pendapat dan pandangan.maklum la,budak 'hingusan' baru nak kenal dunia luar.ohh mencabarnya dunia luar.Terima kasih banyak2 yeeee abe2 dan kakak2ku..I Love all of youuuuu !!!!
syukur Alhamdulillah atas kurniaanNYA.
Allahurabbi :)
kita kena ingat,kita kuat kerana kita ada Allah :)
tanpa Allah,kita bukan siapa-siapa !! :)
teruskan berjihad di jalan Allah.Ibu bapa redha,Allah redha,in sha Allah bahagia hidup kita di dunia dan akhirat:)salam ukhuwwah dari ana yang serba kekurangan ini.semoga bertemu lagi di lain entri :)
assalamualaikum :)

.jpg)