Assalamualaikum..hai..hello..ahlan wasahlan..
Alhamdulillah,dapat kembali menulis blog yang tercinta ini.hehe.First and foremost,ana nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan menjenguk blog ana yang tak seberapa ini.Maklum lah,ana masih dalam proses belajar lagi dan in sha Allah akan terus belajar..*jangan terkejut ye bila saya bertukar kepada 'ana'..ini kes nak kecek arab la nie setelah berbulan-bulan bahasa Arab membeku di dalam kepala*.okay,kembali ke topik asal.hihihi.ada sebuah cerita yang ana nak ceritakan pada entry kali nie.ceritanya berbunyi begini,pada 25 April yang lepas,alhamdulillah,ana telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam program sains selama setahun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Alhamdulillah,gembiranya diri ini menyambut berita gembira ini.apatah lagi ma,abah serta family.semuanya mengucapkan tahniah dan syukur dengan rezeki dari Allah ini.Sebenarnya family ana sangat mengharapkan ana dapat menyambung pelajaran di matrik memandangkan kakak2 ana yang telah berjaya mencapai cita-cita mereka semuanya bermula di matrik..kata mereka "ramai je orang yang berjaya bila struggle betul2 kt matrik".Dari pemerhatian ana jugak,ramai je saudara-saudara,senior-senior yang berjaya menyambung degree dalam course yang terpilih selepas berjaya di matrik.sesungguhnya,ana sendiri pun memang berharap jugak supaya boleh masuk matrik walaupun sahabat-sahabat yang lain lebih menantikan keputusan upu atau kata nama lain tawaran daripada universiti2 di Malaysia..sebab ana memang dah agak dengan result yang ana dapat tak mungkin ana layak untuk masuk ke universiti lagi.biarlah orang yang layak sahaja yang mendapat yang selayaknya..tapi ramai yang kata "belajar kt matrik ni susah,tak sempat nak catch up sebab masa yang padat,tambah2 lagi program sains" takut jugak ana mendengarnya..Dalam memikirkan apakah betul semua omelan orang2 itu..ana telah berjumpa dengan seorang kakak ex-matrician perak sewaktu ana mahu bertolak pulang dari perak ke kelantan..kebetulan kami sama2 datang dari rumah abang dan kakak di kem pengkalan tentera laut Diraja Malaysia.kakak itu datang dari rumah abangnya manakala ana datang dari rumah kakak ana.seat kami bersebelahan di dalam bas.banyak yang kakak itu ceritakan berkenaan matrik sewaktu dalam perjalanan ke kelantan..ana pulak memang mengambil kesempatan la untuk bertanya kepada kakak itu berkenaan matrik yang sejak dua menjak ini mengusutkan fikiran ana..*opss,sebenarnya ana tidak tahu pun apakah nama kakak itu tp yang penting memang beliau seorang yang baik,berbudi bahasa dan lemah lembut..tenang je hati bila tengok mukanya..kami hanya membahasakan diri sebagai adik dan kakak*banyak sangat yang kakak itu kongsikan rasa macam nak catat je tp mcm pelik gitu kan nak main catat2..nanti kang penumpang lain pelik pulak tengok ana macam wartawan yang menemuramah orang je kt atas bas..hehehe..antara soalan ana adalah "kak,betul ke orang2 kata belajar kt matrik ni susah nak catch up sebab masa yg padat,tambah2 lg yang sains punya ? " dan jawapan dari itu kakak adalah "dik,jangan percaya kata2 dari org2 itu..mereka hanya cakap je tanpa pernah merasainya.cuba adik pergi dulu dan hadapinya dulu,baru adik tahu macamana" tambahnya lagi,"dulu2 pun kak pernah terpengaruh jugak dengan kata2 orang2 itu yang berkata susah la,xsempat nak catch up syllibus la dan macam2 la tp abah akak yang nasihatkan supaya jangan percaya dengan cakap2 orang..pergi dan cuba tempuh dulu baru kita tahu ,alhamdulillah,betul kata-kata abah akak itu..semuanya mudah je untuk ditempuh jika kita betul2 nak study dan sekarang ni akak dah habis pun matrik beberapa hari lepas ".banyak la yang ana tanyakan sama itu kakak sampai ana pun dah lupa kott..hihihi.selepas itu,kami terpaksa berpisah apabila setibanya bas di Tanah Merah,Kelantan..kakak itu sempat meninggalkan pesanannya buat ana "belajar molek deh" dan kami sempat bersalaman sebelum kakak melangkah menuruni bas..Ya Allah,sedih jugak la nak berpisah dengan kakak itu sebab dia baik sangat.,terima kasih ya Allah kerana menemukan ana dengan kakak itu walaupun untuk tempoh waktu yang sekejap..sesampainya ana di rumah,ana terus menceritakan kisah perjumpaan ana dengan kakak ex-matricians itu tadi kepada ma ana..ma ana terus berkata hebatnya Allah merancang pertemuan ini..sememangnya pertemuan ini sedikit sebanyak membuka minda ana untuk meneruskan impian ana sambung belajar kt matrik..ya Allah,bila difikirkan kembali tentang pertemuan itu memang rasa terlalu hebat perancangan Allah,xpernah terfikir dek akal kita sebagai manusia..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR !.ana doakan kakak itu berjaya di dunia dan di akhirat..semoga ana boleh berjumpa lagi dengan kakak itu..Alhamdulillah,atas pertemuan ini..Akhir sekali,sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita.segala yang berlaku pasti terselit berjuta-juta hikmah di sebaliknya tanpa kita mengetahuinya..

Mungkin entry ini adalah entry yang terakhir dari ana sebelum melangkah kaki ke matrikulasi dan kembali memegang tittle sebagai student..sejuta kemaafan ana pohonkan seandainya kata2 ana menyakitkan hati para pembaca sekalian.doakan ana dipermudahkan segalanya oleh Allah.doakan kejayaan ana di dunia dan di akhirat.ana jugak doakan para pembaca sekalian jugak berjaya di dunia dan di akhirat..in sha Allah,hujung minggu hadapan ana akan bertolak ke penang untuk pendaftaran di KMPP pada 27 MEI bersama ma,abah dan keluarga.in sha Allah,ada masa nanti ana akan kembali menulis blog ini.pasti ana akan merindui blog ini,kawan2 semua dan family.jaga diri,jaga iman.Allah sayang kita.assalamualaikum semua,salam ukhuwah seluas mahabbah :)