Assalamualaikum everyone :)
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w sahabat baginda serta keluarga baginda yang dimuliakan.
ALHAMDULILLAH syukur Allah izinkan ana menulis entri kali ini.Entah la kenapa,rasa macam terpanggil untuk menulis entri kali ini.Terima kasih kepada Allah kerana sentiasa beri nikmat dan rahmat buat kita semua.ALLAH sayang kita sahabat2.Sangat2 sayang !!Cuba renung2 kan Siapa kita disisi Allah?Adakah selama ini kita taat perintah Allah atau sebaliknya??Allah sentiasa bagi kita nikmat walaupun kita ni kadang2 ada melanggar perintahNYA..Astaghfirullah,Astaghfirullah,Astaghfirullah.
.jpg) |
Ini bukti Allah sayang kita !
Tadi,ana ada menonton rancangan singgah sahur di tv3.ya Allah,part yang paling ana sebak sekali time diorang(krew2 singgah sahur) singgah sahur di rumah jagaan orang2 OKU,rumah anak2 yatim dan rumah jagaan orang2 tua.sebak tengok anak2 yatim,orang2 OKU.Menitis air mata bila tengok krew2 singgah sahur kejutkan mereka sahur dan ada pula antara mereka menangis terharu sbb menerima kunjungan krew singgah sahur.Lagi sebak bila tengok anak2 kecil yang sebaya dengan anak2 buah ana yang kena tinggal di rumah anak2 yatim.Menangis mereka bila tidur mereka diganggu oleh krew singgah sahur yang kejutkan mereka untuk makan sahur.Subhanallah,bersih sangat muka mereka anak2 kecil itu.sejuk mata memandang.Di rumah jagaan orang2 tua pula,ada juga di antara pakcik2 dan makcik2 disitu yang dah tak larat nak bangun sbb sakit.YA Allah,mereka melalui nasib sebegitu.Mungkin perit bagi mereka bila berpisah dengan orang2 tersayang dan hidup di bawah jagaan pusat jagaan.Sedangkan kita yang hidup dengan keluarga yang lengkap,dengan segala kemudahan dan kecukupan yang lengkap.Apa lagi alasan kita untuk kita bersyukur dan menghargai orang2 yang kita sayang.Allahurabbi..Bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang,selalu ingat masih ramai mereka yang kurang dari kita.Jangan terlalu pandang apa yang kita masih takde sedangkan ramai lagi yang masih takde dengan apa yang kita ade.jadi,bersyukurlah kepada Allah yang memberikan :)
Bagi ana,sometimes kita perlu juga letak diri kita di tempat mereka.Baru kita mampu untuk merasai bagaimana jika kita yang jadi mereka??.Bolehkah kita lalui hidup dengan teman2 tanpa ada keluarga di sisi?Sabarkah kita jika kita berada di tempat mereka??*Tepukdada dan tanyaiman :)
Mohon maaf andai tersilap bicara.Semoga syukur sentiasa bersama kita.Manfaatkan ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari lagi ini.Kejar malam al-qadar.Jaga diri,jaga iman,jaga akhlak,jaga ikhtilat,jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan sesama insan.Semoga Allah redha :)
oh ye,jangan lupa selitkan sekali doa buat saudara2 kita di palestine.Semoga mereka diberi kekuatan dan dilindungi dalam berjuang kerana Allah.Menangkan ISLAM,hancurkan zionis laknatullah.
Assalamualaikum,jumpa di lain entri :') in sha Allah
|
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
ReplyDeletesegala puji bagi ALLAH, tuhan sekelian alam.
:)