15 July 2014

Ramadhan Kareem :)


Assalamualaikum everyone :)


Alhamdulillah,setinggi tingginya rasa syukur mesti dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana izinkan kita semua bertemu dengan bulan yang mulia,Ramadhan Al-Mubarak.Bulan yang penuh rahmat dan barakah buat kita semua.Harap sangat-sangat bulan ini mampu melatih diri ana dan juga sahabat semua menjadi seseorang yang lebih baik dari bulan2 yang sebelum ini.in sha Allah :)

Sedar tak sedar,Hari ni dah pun masuk 17 ramadhan.ya Allah,cepatnya masa berlalu.Hari ni juga adalah hari Nuzul Al-Quran.syukur ya Allah,besarnya nikmat dapat bertemu ramadhan.Sangat2 besar nikmatMU buat kami semua.Maafkan kami ya Allah kerana kami selalu leka dan lalai dengan dunia kami.Malah,Kasih sayangmu yang selalu menyedarkan kami dari terleka dengan dunia sementara kami.Hanya Allah tuhan kami.Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.




Alhamdulillah,tahun ini in sha Allah sepenuhnya berpuasa bersama ma,abah dan keluarga.Tahun2 yang lalu berpuasa di asrama,rasa dan suasana tu berbeza sedikit.Kalau dulu,bersahur di dewan makan asrama,dikejutkan oleh teman-teman tapi tahun ni bersahur bersama keluarga.Walau apa pun,syukur Alhamdulillah.semua moment itu indah bagi ana.Ana tetap akan rindu akan suasana berpuasa bersama teman-teman.Waktu sekolah menengah dulu tinggal di asrama,berbuka beramai-ramai kat dewan makan,solat terawih sama-sama di masjid An-Naim.Alhamdulillah,banyak memori tercipta.Betul la orang kata zaman persekolahan la zaman yang paling best.

Tahun lepas,alhamdulillah berpuasa bersama rakan di Kolej matrikulasi Pulau Pinang.Time bersahur mesti la makan ala kadar saje tak sama macam sekolah menengah dulu sebab di sekolah Naim dulu makanan disediakan di dewan makan oleh pekerja dewan makan.Di matrik,makanan sahur sendirian berhad di dalam bilik empat orang.Selalunya makan roti cincah air nescafe bersama roomates.Roomates pulak memang baik hati lagi tolong panaskan air untuk ana buat air nescafe.terima kasih adjriena,nabila and illiya.Bersyukur sangat dapat roomates macam awak2.hehe.

ini tahun pula,alhamdulillah dapat merasa berpuasa bersama keluarga setelah 6 tahun berpuasa di asrama (5thn=sekolah menengah+1thn=matrik).Pagi2 biasanya ma yang kejutkan untuk bangun sahur.Makan nasik lagi..hehe..waktu berbuka la paling happy sebab berbuka ramai2 bersama keluarga.setiap hari masakan ma yang masak sebab ma tak suka beli2 kat bazar ramadhan.Lagipun,masakan ma la yang paling sedap.Biasanya lps solat asar,kami adik beradik perempuan akan masuk dapur untuk tolong ma kat dapur.Tolong2 je,nak buat sendiri mesti ada ma untuk guide..hihi..ok la kan belajar sikit2,lama2 boleh jadi pro macam ma la kan masak..in sha Allah.aamiin.*tolong aminkan ye sbb ana nak  jd tukang masak profesional buat suami nanti,ehh *

Itulah pengalaman berpuasa ana yang ana saje2 kongsikan.Dalam bulan puasa jugak,ana mahu ingatkan diri ana dan sahabat2 ana yang ana sayang kerana Allah,ibadah tu mesti digandakan juga ye.jangan tahu bulan puasa,bulan makanan je ye.Bulan puasa sebenarnya untuk bulan tingkatkan ibadah,perbaiki diri jadi lebih baik.Baik ke tak baik seseorang tu boleh tengok time bulan puasa ni la,sebab syaitan dah kena ikat.Segala kejahatan yang berlaku dlm bulan puasa ni adalah disebabkan NAFSU diri sendirii.Nafsu yang dilatih 11bulan oleh syaitan agaknya,sebab tu la masih berani lagi buat jahat pada sebulan di bulan Ramadhan.NAUZUBILLAHIMINZAALIK.

ye,ana sokong this statement :)

Bulan yang mulia ini,latih lah diri untuk jadi yang baik-baik dari semua segi.Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia jaga2 selalu.Akhlak biar ada yang mahmudah(baik) je kat diri kita,yang mazmumah(buruk) itu buang ke lautan yang paling dalam sekali biar kita takkan jumpainya lagi.

ohh ye,satu lagi permintaan ana:tolong doakan keselamatan saudara-saudara kita di palestine.Semoga Palestinian diberikan kemenangan semenang-menangnya dan ISRAEL laknatullah diberi kegagalan segagal-gagalnya.Aamiin.Ayuh muslim kita bangkit menentang kezaliman kafir laknatullah!! Allahuakbar!!

Mohon maaf andai terkasar bahasa,semoga ianya bermanfaat.JOM latih diri jadi orang yang baik-baik untuk ummah.Selamat berpuasa ya muslimin wa muslimat.Jaga hati,jaga diri,jaga ikhtilat,jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia.Semoga Allah redha kita semua.

ASSALAMUALAIKUM,JUMPA LAGI DI LAIN ENTRI :)




2 comments:

  1. amin, moga2 mekti yg sudah pro masak, bertambah pro.!
    boleh la cik abe makan
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.syukran syu :) sorry sbb lama xcontact.btw,i miss you sahabat :))

      Delete


 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...