5 April 2013

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum..hai..hello..ahlan wasahlan
 Alhamdulillah,syukur sebab dapat kembali menulis blog kesayangan saya ni..hahaha..*maaf perasan sayang kat blog,tapi memang sayang pun* okay,entry ni nak cerita pasal sahabat..
first sekali nak tanya ada ke orang yang tak pernah ada sahabat??hahaha pelik kot soalan ni..hishh,bagi saya soalan ni tak pelik tapi yang peliknya orang yang tak pernah ada sahabat..tapi tak kisah la ada sahabat ke tak ada ke yang penting sekarang ni saya nak cerita sikit pasal sahabat saya..*rasa sayang sangat2 kat sahabat2 saya sekalian*,,alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,syukur sangat sebab saya dipertemukan dengan sahabat2 yang baik-baik.Memang tak dinafikan memang ada dalam sebuah persahabatan itu berlakunya salah faham atau seumpamanya tapi itulah yang menjadi rencah dalam sebuah persahabatan kan..saya jugak nak ucap berbanyak terima kasih yer kepada sahabat2ku sekalian sebab selalu ada masa saya susah,senang,sedih,gembira.Memang tak termampu saya nak membalas jasa sahabat2 semua.in sha Allah,saya doakan sahabat2 semua berjaya di dunia dan di akhirat.okay,dah nak sampai kat part cerita yang sangat membuatkan saya terharu..begini alkisahnya,,bulan lepas saya terima result spm dan apabila dilihat memang saya antara yang terendah daripada kawan-kawan yang lain tapi alhamdulillah,saya dapat  terima dengan redha..memang ada pun rasa sedikit sedih pada hari tu tapi sedikit sebanyak rasa sedih tu dapat dipulihkan apabila pada waktu petang hari tersebut,saya mendapat pesanan sms daripada sahabat-sahabat yang akrab dengan saya..pesanan yang saya terima itu sangat2 menerbitkan perasaan terharu saya apabila di saat diri saya diuji tapi masih ada sahabat2 yang tidak melupai sahabatnya walaupun hari itu adalah hari yang bahagia bagi diri mereka..alhamdulillah,saya sangat2 bersyukur mempunyai sahabat2 seperti mereka ..terasa kembali bersemangat untuk teruskan perjuangan pada masa hadapan..

inilah petikan sms yang saya terima daripada salah seorang sahabat saya


Duhai sahabat yang amat aku sayangi.Izinkan aku jadi penemanmu.Aku hanya ingin engkau ketahui bahawa engkau tidak keseorangan.ALLAH sentiasa ada disisi hamba-hambaNYA yang taat dan sabar.Mungkin hari ini engkau merasakan derita tapi percayalah di balik derita ini sudah disediakan satu kegembiraan yang tidak terhingga.Aku jugak pernah merasakan apa yang engkau rasai ini lalu aku jadikan ALLAH satu-satunya tempat aku mengadu dan bergantung harap.Lalu aku beroleh kegembiraan.Hari ini ALLAH mengujimu kerana ALLAH tahu engkau seorang insan yang hebat dan kuat.Ini bukanlah satu pengakhiran tapi segalanya baru bermula.Berdoalah duhai sahabatku semoga rezekimu lebih melimpah ruah selepas ini.Doaku juga akan mengiringimu.Sekiranya engkau masih bersedih,mengadulah kepada ALLAH sebelum engkau mengadu kepada makhlukNYA.Aku juga sudi menjadi pendengarmu...

pesanan daripada sahabat saya yang lain

Assalamualaikum tie yang disayangi..saya tahu tie seorang yang tabah dan bersyukur..ALLAH tak tengok pencapaian kita tapi DIA tengok usaha kita..
Ada seorang kawan berkata,sedangkan rezeki ulat dalam batu pun ALLAH dah tetapkan apatah lagi kita kan..in sha ALLAH,DIA ada cara untuk balas usaha kita dan semoga tie dimurahkan rezeki..




terima kasih duhai sahabat-sahabatku yang dikasihi..semoga ALLAH membalas jasa baik kalian..
di kesempatan ini jugak saya ingin memohon berjuta-juta kemaafan seandainya pernah mengasari dari segi percakapan,tingkahlaku dan sebagainya..ketahuilah bahawa tiada sedikit pun rasa menyesal yang yang timbul dalam hati ini sepanjang terjalinnya persahabatan ini,,semoga kita semua sentiasa berada dibawah rahmatNYA..alhamdulillah,kat dunia kita sudah boleh bertemu,in sha ALLAH kat akhirat nanti doakan kita jugak boleh bertemu..doakanlah kita sama-sama boleh berjumpa di syurga ALLAH nanti.


TERIMA KASIH,SAHABAT !!
UKHUWAH FILLAH ABADAN-ABADA..



1 comment:

  1. Baru tahu tie ade blog rupenyerrr..
    Tie...
    Friend forever tau...
    Jangan lupe daku...

    ReplyDelete


 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...