7 May 2013

Indahnya persinggahan di bumi An-Naim :)


Assalamualaikum..hai,hello,ahlan wasahlan :)

Alhamdulillah,syukur sebab dapat kembali menulis blog yang tercinta ini.Entry kali ini berkisahkan persinggahan diri ini di bumi AN-NAIM.Tempat dimana diri ini di tarbiyah untuk menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.ALHAMDULILLAH,sangat2 bersyukur kerana Allah tempatkan saya untuk belajar di sekolah ini.Di sini,saya dan sahabat-sahabat diajar bukan sahaja ilmu dunia tetapi juga ilmu akhirat.Hal ini kerana,SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAIM LILBANAT sangat menekankan keseimbangan ilmu dunia dan akhirat.Kami di didik untuk bersahsiah baik dan juga mampu menjadi pemimpin kepada agama,bangsa dan negara pada suatu masa nanti.Kami dididik dengan biah solehah.Walaupun kami semua terdiri daripada kaum hawa tetapi tidak menjadi masalah buat kami untuk turut berjaya seperti kaum adam.Malah,semangat kami semakin berkobar-kobar untuk membuktikan bahawa kaum hawa juga mampu berjaya.BAK kata pepatah "tangan yang lembut menghayun buaian mampu menggoncang dunia".Di bumi An-Naim lah,saya banyak belajar tentang agama untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Setiap hari kami dilatih untuk solat berjemaah di masjid,setiap malam kami dilatih mendengar tazkirah,setiap pagi sebelum belajar,kami dilatih dengan bacaan al-qUran dan doa2.setiap hujung minggu tidak pulang ke kampung,pelajar2 asrama akn berqiamulail,setiap petang kami dilatih dengan bacaan mathurat dan zikir2..kami jugak berusrah dengan kakak2 senior,ustaz2,ustazah2..sangat2 beruntunglah bagi sesiapa yang memanfaatkan masa2 mereka di sekolah kerana dari situ lah mereka dapat mendidik jiwa mereka untuk kuat serta istiqomah dalam mengharungi dunia luar yang sangat banyak cubaan dan dugaannya.Sudah lima bulan lebih saya meninggalkan dunia persekolahan,hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya dengan didikan dan latihan di sekolah dulu.kalau dulu,segala majlis ilmu di sekolah kita wajib sertai tetapi bila dah habis zaman persekolahan,semuanya terserah kepada kita untuk menyertainya atau tidak.SO,kepada adik2 yang masih bersekolah.kutiplah seberapa banyak yang mungkin ilmu yang diajar oleh ustaz-ustazah di sekolah supaya tidak menyesal di kemudian hari..cikgu2 di naim semuanya baik2..saya sangat2 berterima kasih kepada cikgu2 kerana sentiasa memberi motivasi dan semangat kepada saya dan sahabat2 untuk belajar bersungguh-sungguh..cikgu selalu ingatkan kami supaya belajar kerana Allah bukan untuk lulus peperiksaan sahaja..akhir kata,saya sangat merindui dan menyayangi seluruh warga SMKA NAIM LILBANAT..
BYE,SEMOGA BERJUMPA LAGI :)



inilah SMKA NAIM LILBANAT





No comments:

Post a Comment


 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...