14 May 2013

I LOVE YOU, MA !


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali di entry yang terbaru ini..apa khabar semua? semoga anda semua sentiasa sihat dan berada di bawah rahmat Allah selalu..disebabkan sekarang ni ramai yang post2 pasal ibu.maka,terdetik lah di hati ini untuk menulis entry kali ini berkisahkan pengorbanan seorang ibu dalam  membesarkan anak2..seperti yang kita semua tahu,pengorbanan seorang ibu memang teramat-amat besar *kesalahan tatabahasa bahasa melayu* bagi setiap orang anak.ye la kan,kalau tiada ibu mana mungkin kita boleh lihat dunia ni..memang Allah dah tetapkan kita semua lahir dari seorang ibu..dan semestinya seorang ibu itu lahir dari seorang ibu jugak kan..banyak pengorbanan ibu yang rasanya memang tak mampu kita nak hitung..masa mengandungkan kita lagi,ditambah pulak semasa melahirkan kita ditambah lagi sewaktu menjaga,mendidik,mengasuh kita sehingga besar.Jika ditambah,didarab,dibahagi semua tu memang tak terhitung lah kan.tambahan lagi, kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya memang tidak pernah ada penghujung pun....Maha suci Allah yang menciptakan seorang wanita yang tidaklah sekuat kaum lelaki tapi mampu menjaga,mendidikk,dan mengasuh amanah-amanah dari pencipta yang Maha Agung..ehemmm,itu baru mukadimahnya..sebenarnya,diri ini ingin berkongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh ibu hamba yang hamba panggil 'MA' semasa melahirkan saya ke dunia ini..*sebenarnya diri ini tidak tahu hendak membahasakan diri ini sebagai apa,adakah aku,ana,saya,makcik,cik kak,cik adik atau sebagainya..huhuhu *maaf iklan sementara*..setiap kali teringat akan kisah ini,memang diri ini akan menitiskan air mata ke'sebak'an..cerita ini diceritakan oleh ma sewaktu saya kecil dahulu..kalau tak silap,masa tu dah masuk sekolah tadika kott..sedang2 tolong ma melipat baju di ruang tamu,entah la macam mana boleh terkeluar cerita pasal ni..MA CERITAKAN PADA SAYA bahawa semasa melahirkan saya dahulu,ma mengalami masalah pendarahan rahim yang serius sehingga hampir2 menggadaikan nyawa ma..doktor kata nyawa ma 50/50 antara hidup dan mati..sehingga abah pengsan bila mengetahui berita ini..ye la kan,seorang suami bila tahu keadaan isterinya yang dalam keadaan kritikal,mesti la terkejut..dan merasakan keseorangan untuk membesarkan 9 org lagi anak..(saya ank ke-10..BONGSU)..Sedangkan masa tu anak-anak semuanya masih memerlukan seorang ma untuk mendidik,mengasuh dan sebagainya..tapi Allah yang Maha Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya..Ma dapat diselamatkan tetapi 'tanpa' rahim..Ma di tahan di wad selama sebulan..saya dan ma terpaksa dipisahkan buat sementara waktu melihatkan keadaan ma yang masih sakit..saya dibawa pulang oleh nenek untuk dijaga dirumah tanpa ma..sewaktu kecil lagi terpaksa berpisah dengan ma sebab itulah membuatkan jiwa saya mudah tersentuh atau kata nama lain 'manja'..tambahan lagi anak bongsu kan,mesti la kena manja..kann dah tak ada adik..hehehe..*ambil mood happy kjap*..Alhamdulillah,Allah masih memberi peluang kepada Ma untuk hidup di dunia ini untuk membesarkan,mendidik,mengasuh anak-anak sehingga berjaya..ya Allah,saya sangat mengagumi ma kerana berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya,taat kepada agama,berbudi bahasa..ma selalu pesan kepada anak-anaknya supaya selepas sembahyang jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan ma dan abah walaupun sesibuk manapun dengan kerja lain sebab ma kata setiap kali sembahyang,ma akan mengingatkan dirinya untuk mendoakan arwah datuk dan nenek..alangkah beruntungnya ibu bapa tersebut mempunyai seorang anak yang selalu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya walaupun ibu bapanya telah pergi menghadap illahi...Akhir sekali,saya mendoakan ma dan abah semoga sihat selalu,panjang umur,murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah..tiada  termampu saya untuk membalas jasa ma dan abah yang terlalu besar itu..hanya Allah yang mampu untuk membalasnya..



sayang ma sokmo ..


terima kasih,ma ..


Tiada lain niat saya untuk bercerita tentang kisah di atas melainkan sekadar perkongsian.Sejuta kemaafan ana pohonkan jika ada tersalah kata,terkasar bahasa atau menyakitkan hati..apa2 pun,salam ukhuwah,semoga berjumpa lagi di lain entry. :)


No comments:

Post a Comment


 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...