16 May 2013

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum, hai , hello ,ahlan wasahlan :)
Hari ni dah masuk 16 Mei, maknanya dah masuk la kan hari guru..So,saya nak ucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.Semoga guru-guru sekalian dirahmati Allah selalu dan dapat terus mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara..in sha Allah..AMINN..Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang pernah mendidik saya dari tak tahu apa-apa hinggalah mempunyai sedikit sebanyak ilmu.. ketika saya hilang semangat untuk teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu,cikgu lah yang sedia memberi nasihat dan motivasi..ketika saya susah untuk memahami pelajaran,cikgulah yang sedia menunjukkan jalan..ya Allah,betapa mulianya seorang guru sehingga pahala-pahala ilmu yang diajarkan kepada anak-anak muridnya akan terus mengalir kepadanya walaupun jasadnya tiada lagi di dunia..dan sentiasa lah kita ingat bahawa siapa-siapa pun kita hari ini,semuanya bermula dari seorang guru..*jom hayati sajak di bawah*


jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. :')



selamat hari guru :)


jasamu tetap dikenang :


thanks for reading :) semoga bertemu lagi di lain entry..

1 comment:

  1. oit, oit. blog dier lagi cantekk. :)
    keep it up cik yutie izzati.!
    i'm following.!

    ReplyDelete


 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...